Profile Picture

Meor Anwar *******

Sarjana Muda - Bachelor Of Science In Mechanical Engineering (Hanyang University, Seoul)

Kinta, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang graduan yang baru menamatkan pengajian di salah sebuah universiti terkemuka di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Saya mempunyai pengalaman sebagai tutor untuk khusus Thermodynamics semasa di peringkat universiti untuk membantu pelajar-pelajar antarabangsa yang lain. Saya mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam subjek Kimia, Matematik moden dan Matematik Tambahan di peringkat sekolah menengah. Selain itu, saya juga boleh bertutur dalam bahasa Korea dengan fasih dan pernah menuntut di pusat pengajian bahasa di Seoul. Saya mampu untuk menyedikan pelajar untuk menjawab peperiksaan TOPIK 1 untuk pelajar yang berminat mempelajari bahasa Korea. Teknik yang saya gunakan semasa pengajian bahasa akan saya terapkan dalam sesi pengajaran agar pelajar dapat menguasai kemahiran berbahasa Korea dengan pantas.
Teaching Method(s)
Secara maya (online) : Menggunakan platform zoom untuk pengajaran secara talian terus. Menggunakan kahoot untuk menarik minat pelajar menjawab quiz.

Secara bersemuka : Menggunakan papan putih atau ipad untuk mengajar. Lebih mudah untuk mendapat interaksi dengan pelajar.

Pelajaran bahasa : Akan menggunakan teknik level untuk bahagikan tahap penguasaan pelajar. Akan melatih pelajar untuk meningkatkan kemahiran bertutur, menulis dan membaca. Menggunakan teknik latih tubi untuk memastikan pelajar ingat kandungan pelajaran. Menyediakan pelajar untuk peperiksaan TOPIK 1 jika pelajar mahu.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Korea Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5