mytutor_mobile
Profile Picture

Nurulain Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master Office System Management/universiti Teknologi Mara

Putrajaya, WP Putrajaya

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Merupakan seorang pekerja kerajaan yang menyambung pelajaran dan telah menghabiskan peringkat sarjana (master) pada tahun 2022. Bekerja dengan Kementerian Pendidikan Malaysia Mempunyai pengalaman mengajar kepada pelajar sekolah rendah di dalam komuniti saya pada musim PKP Saya mempunyai kemahiran yang boleh mengawal kanak-kanak, mempunyai kesabaran dalam mengajar kanak-kanak yang baru mengenali dunia sekolah Saya mempunyai bakat dalam memotivasikan pelajar, bersikap humor dan keibuan Saya juga mempunyai kemahiran Bahasa Melayu dengan sangat baik Saya memahami silibus yang ditetapkan oleh KPM sebagai bantuan mengajar kepada pelajar-pelajar M/P yang saya fokuskan sebagai mata pelajaran khusus yang sesuai dengan bidang dan kemahiran saya adalah, Bahasa Melayu, Sejarah, Sains rendah, Matematik Rendah.
Teknik Pengajaran
Boleh mengajar secara dalam talian atau bersemuka pada hari cuti atau selepas waktu pejabat, Namun bagi pelajar darjah 1 atau 2 saya sarankan ia dijalankan secara bersemuka kerana ia lebih mudah untuk diajar dan pelajar boleh memahami,
Hal ini kerana, bagi pelajar sekolah rendah tahap 1, fokus secara bersemuka lebih mudah difahami, mereka tidak jemu dan mudah meluahkan apa yang mereka tidak faham
Menggunakan Silibus yang ditetapkan KPM dengan baik,
Saya juga lebih fokuskan kepada kefahaman pelajar berkaitan mata pelajaran tersebut sebelum menghabiskan silibus
Kefahaman pelajar adalah aspek penting yang saya perlu terapkan kepada pelajar rendah ini kerana ia permulaan kepada pengetahuan berkaitan mata pelajaran tersebut
Pembelajaran menggunakan teknik ramah mesra , ibu dan anak-anak, menggunakan konsep peta minda dan bergambar bagi menarik perhatian. Kaedah muzik dan irama serta keupayaan menarik minat dan perhatian pelajar.
Bagi Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah bagi sekolah rendah, ia antara kemahiran saya yang saya mampu untuk kongsi segala pengetahuan saya ini kepada pelajar sekolah rendah Tahap 1 dan Tahap 2
Bagi Sekolah Menengah, pengalaman mengajar komuniti sewaktu PKP dan menjadi Tutor Private kepada beberapa orang yang memerlukan selama hampir 2tahun.
Sebagai pelajar graduasi UiTM dalam bidang pengurusan perniagaan, saya yakin saya boleh memberi khidmat saya kepada pelajar universiti juga. Tambahan pula menjadi Tutor bantuan kepada pensyarah selama 2tahun.
Penilaian & Maklumbalas

Ahmad Fathulrahman Bin Mohd Mokhtar : Matematik

Masih dalam penilaian; tetapi anak Sy amat selesa dgn cara pembelajaran tutor.

Pn Fadzlon : Sejarah

Tutor mengajar bagus

EN AHMAD FAROUK : Perniagaan

Permulaan yang baik

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Perniagaan Universiti - Diploma