Profile Picture

Mohana A/p *******

(Bersemuka)

Sarjana(master) - Sarjana Pendidikan (Matematik)

Ipoh, Perak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Mohana. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 12 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon UPSR di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 12 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan penyoalan merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 5, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6
Bahasa Tamil Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6
Matematik - Bahasa Tamil Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6