Profile Picture

Hazimah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kimia Gunaan (Universiti Teknologi Mara)

Tapah, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Hazimah. Saya merupakan seorang guru yang berpengalaman mengajar Matematik SPM selama 5 tahun. Selain itu, saya juga berpengalaman menjadi tutor sekolah rendah dan sekolah menengah silibus KSSR dan KSSM. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Kimia merupakan subjek minor. Saya berkemahiran mengajar pelajar yang tiada asas Matematik Tingkatan 1- Tingkatan 3, tetapi pelajar masih boleh berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM dengan hanya belajar Matematik 4 dan Tingkatan 5 dalam tempoh 2 tahun. Dalam tempoh itu juga, saya akan fokuskan juga soalan menengah rendah yang akan disoal dalam SPM. Saya sangat menitikberatkan kefahaman mengenai konsep matematik agar pelajar dapat memahami setiap kehendak soalan yang perlu diselesaikan. ANDA BERMINAT MENGETAHUI CARANYA? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman dalam bidang pendidikan hampir 8 tahun, saya mempelbagaikan teknik yang menarik sesuai keupayaan para pelajar. Saya menggunakan teknik perbincangan, simulasi, latih tubi, tunjuk cara dengan mengunakan medium dalam talian yang pelbagai untuk menarik minat pelajar belajar Matematik. Saya akan memastikan teknik yang diajar sesuai dengan aras kefahaman pelajar dan pelajar tidak akan bosan semasa kelas dijalankan. Kejayaan adalah milik mereka yang berusaha, cari saya untuk saya bantu anak-anak anda.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1