mytutor_mobile
Profile Picture

Izzah Iyazi *******

Sarjana Muda - Degree In Public Relations (Universiti Teknologi Mara)

Segambut, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cik Izzah Iyazi. Saya merupakan lepasan graduan perhubungan awam dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dari UiTM Shah Alam dengan PNGK 3.64. Saya telah menyertai latihan industri sebagai content writer/editor di syarikat Influasia Sdn.Bhd di bawah Lobak Merah iaitu portal artikel dalam Bahasa Melayu selama 3 bulan. Terkini, saya sekarang bekerja secara kontrak di syarikat PETRONAS, bawah jabatan Human Capital Investment (Planning). Berbekalkan pengalaman saya sebagai lepasan graduan komunikasi, penulis, juruacara/emcee dan fasilitator, saya mampu untuk memberikan yang terbaik dalam memperkukuhkan kemahiran komunikasi pelajar, meningkatkan keyakinan serta menambah baik kemahiran insaniah mereka. Subjek Bahasa Melayu merupakan kepakaran saya dan saya sering dipanggil guru-guru untuk membimbing pelajar sekolah meningkatkan mutu bahasa mereka manakala saya juga telah banyak membantu pelajar dalam menguasai subjek Bahasa Inggeris. Rekod akademik saya bagi kedua-dua subjek ini juga adalah sangat baik. Saya turut memperoleh band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET). Minat yang mendalam dalam pengajaran serta pernah mengajar pelajar mengaji iqra' dan Al-Quran juga merupakan nilai tambah saya. Jika anda mahukan anak anda mengalami sesi pembelajaran yang interaktif, tidak bosan dan kreatif, boleh hubungi saya!
Teknik Pengajaran
Saya mampu memberikan sesi pengajaran yang menarik dan interaktif bergantung kepada kecenderungan atau minat pelajar tersebut. Kebiasaannya, saya akan menerapkan konsep peta minda serta memperbanyakkan elemen gambar, video dan grafik lain untuk menarik perhatian pelajar. Bagi pengajaran secara bersemuka, saya akan menyediakan alat bantu bahan mengajar yang boleh pelajar gunakan agar input pembelajaran menjadi lebih efektif dan berkesan. Teknik lain yang lebih kreatif khususnya jika pembelajaran tersebut secara atas talian, saya akan menyelitkan mini aktiviti dalam aplikasi Kahoot, Google survey dan Quizziz agar pelajar boleh bereksperimentasi dengan teknologi pendidikan terkini sekaligus mendapat maklum balas baik serta mengukur tahap pemahaman pelajar. Saya juga ingin menekankan persekitaran belajar yang tidak stres iaitu dengan menyelitkan sedikit hiburan seperti lagu yang bersesuaian untuk pelajar dengar agar mereka lebih bersemangat sepanjang sesi pembelajaran. Target saya adalah bagi pelajar dapat menambah baik pemahaman dan skil sedia ada mereka sekaligus mencapai tahap kecemerlangan yang diinginkan
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji, Darjah 1
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1
Matematik Tadika, Darjah 1
Membaca - BI Tadika, Darjah 1
Membaca - BM Tadika, Darjah 1
Jawi Tadika, Darjah 1
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1
Communication & Writing Tadika, Darjah 1
Bahasa Melayu Tadika, Dewasa, Darjah 1