Profile Picture

Nurul Hafiraneza

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Chemical Engineering (Hons)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cik Nurul Hafiraneza. Saya merupakan bakal lepasan graduan Kejuruteraan Kimia dari Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam dengan CGPA terkini 3.24. Saya telah menyertai latihan industri sebagai pembantu penyelidik di Malaysian Agricultural Research and Development Industry (MARDI), Serdang selama 2 bulan 2 minggu. Berbekalkan pengalaman saya sebagai Pengarah Program Scienceporium di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) dan minat yang mendalam dalam bidang penulisan. Saya bukan sahaja mampu memberi pengajaran dalam bidang sains dan matematik namun saya juga dapat menerapkan sifat kepimpinan dan interpersonal dalam diri pelajar. Subjek kepakaran saya ialah Bahasa Melayu, Matematik, dan Pendidikan Islam. Rekod akademik saya terutama sekali bagi subjek Matematik adalah sangat baik. Saya turut memperoleh Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET). Minat yang mendalam terhadap pengajaran Iqra' dan Al Quran juga merupakan nilai tambah saya. Sekiranya pihak tuan/puan mencari ciri ciri seperti yang di atas, bolehlah mendapatkan khidmat saya!
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang akan diaplikasikan adalah berbentuk latihan yang mencukupi supaya pembelajaran akan lebih berkesan. Teknik ini bersesuaian dengan umur pelajar khusus buat pelajar sekolah rendah dan menengah. Saya juga akan menggunakan aplikasi Kahoot, Quizziz sebagai salah satu pembelajaran atas talian yang lebih interaktif. Target saya adalah dapat membantu sedikit sebanyak dalam memperkukuhkan pembelajaran di sekolah harian sekaligus dapat mencapai tahap kecemerlangan yang diinginkan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Darjah 6
P. Islam Darjah 6