Profile Picture

Hafiz Bin *******

Diploma / Stpm - Diploma In Electrical Engineering (Power)

Shah Alam, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Hafiz Bin Mohamad Fadzil berusia 25 tahun. Saya merupakan seorang graduan dalam Ijazah Sains Matematik dengan Pendidikan (kepujian) pada Februari 2023 di UiTM Puncak Alam, Selangor serta berlatarkan dengan Diploma Kejuruteraan Elektrik di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang. Saya sedang melanjutkan Master dalam Pendidikan Matematik di UiTM Puncak Alam secara sambilan. Saya berasal di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor. Saya pernah menjalankan praktikum (intern) di SMK Subang Bestari dan mengajar subjek Matematik tingkatan 4 dan 5 serta Matematik Tambahan bagi Tingkatan 4. Kini, saya mengajar matematik menengah atas secara talian di platform google meet untuk mengajar mereka tentang asas Matematik serta mahirkan mereka dalam penggunaan kalkulator dalam subjek ini. Oleh itu, saya berasa yakin dengan cara pengajaran saya dan bersedia untuk memberi komitmen penuh dalam pengajaran saya.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya ialah dengan visual dan bercerita. Penggunaan warna dan gambar adalah cara saya mengajar. Saya akan memulakan dengan perbincangan bersama murid dengan menggunakan visual serta bercerita kemudian demonstrasi bersama pelajar dan berakhir dengan penyelesaian masalah bersama murid.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3