Profile Picture

Hana Nadiah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik (Upsi)

Jerantut, Pahang

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh panggil saya Cikgu Hana. Subjek major saya ialah Matematik dan subjek minor saya ialah Prinsip Perakaunan. Saya mempunyai pengalaman dalam mengajar subjek teras termasuk Matematik, Matematik Tambahan, dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan sekolah menengah. Juga berpengalaman dalam mengajar di tadika seperti membaca, mengenal nombor dan juga mengaji iqra'. Berkemahiran dalam mengendalikan kelas dengan baik dan teratur. Berdisiplin adalah kunci kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat.
Teknik Pengajaran
Antara teknik mengajar yang saya terapkan adalah teknik pengulangan iaitu dengan melatih murid untuk mengulang sesuatu perkara yang belum dikuasai sehingga berjaya mengingat. Terutamanya dalam mengenal suku kata dan sebutan bagi setiap huruf. Selain itu, saya juga menggunakan teknik pembayang terutamanya dalam mengenal huruf dalam iqra' semasa mengajar murid tadika dalam lingkungan umur 4 - 6 tahun. Sebagai contoh, saya menyebut huruf alif dengan bunyi 'a' dan membuat pembayang 'a' untuk ayam. Kaedah ini mampu membantu murid tadika mengingat bentuk huruf dan sebutan daripada pembayang yang diajar.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3