Profile Picture

Yashirdisai A/l *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Genetics (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Klang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang pelajar sarjana di Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sedang melakukan penyelidikan berkaitan bahan kimia dalam tumbuhan (metabolomik). Saya juga telah menuntut pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang genetik di UKM. Antara kecenderungan dan minat saya yang lain adalah dalam bidang perubahan iklim dan kesukarelawanan. Kini, bidang kepakaran saya ialah Sains dan Biologi. Sejak di bangku sekolah, saya mempunyai pengalaman mengajar tuition. Antara subjek yang pernah saya ajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu, saya juga pernah mengajar Sains bagi pelajar tingkatan 1 dan 2. Menariknya, saya juga berpeluang mengajar pejalar kurang upaya dan pelajar yang lemah dan baru mula membaca. Pada tahun lepas, saya juga telah menjalankan pengajaran atas talian bagi 5 orang pelajar. Pada pendapat saya, pelajar perlu diberi peluang memahami teori bahasa dan subjek yang dipelajari secara holistik. Pelajar tidak boleh diajar untuk menghafal jawapan dan teknik menjawab soalan tanpa memahami konsep disebaliknya.
Teknik Pengajaran
Sebelum ini, ini merupakan teknik yang saya gunakan untuk pengajaran Bahasa:
1. Pengajaran tatabahasa (kata nama, kata kerja, kata sendi, etc.. / nouns, adjectives, prepositions, etc.. )
2. Memulakan kelas dengan tema yang berbeza - (pelajar diberi topik untuk dikarang / pelajar diberi topik untuk diterangkan secara lisan / diberi video untuk dilihat dan menjawab quiz daripada video tersebut)
3. Aplikasi pengajaran (Menulis ayat, karangan menggunakan tatabahasa yang betul & menjawab soalan berformat peperiksaan)

Manakala, ini merupakan teknik yang saya gunakan untuk pengajaran subjek lain:
1. Pengajaran mengikut topik (pelajar diajar membuat nota mengikut topik)
2. Latihan mengikut topik (menggunakan buku teks dan sumber lain)
3. Latihan berformatkan peperiksaan
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 5