Profile Picture

Nurul Izzati *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Bachelor In Science (Hons.) Chemistry (Forensic Analysis) (Universiti Teknologi Mara)

Klang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Izzati, menamatkan pelajaran dalam bidang sains dengan Anugerah Naib Canselor. Lulusan SPM tahun 2014 (8A) di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin dengan gred A dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi. Pernah bekerja sebagai pembantu penyelidik di UiTM Shah Alam dan menjadi tutor peribadi sebelum pandemik Covid-19 bagi mata pelajaran Kimia silibus SPM. Sekarang, saya merupakan ahli kimia bahagian kawalan kualiti di salah satu syarikat penyediaan bahan kimia di Selangor. Berdasarkan transkrip ijazah muda yang disertakan, saya mahir dalam kimia dan juga biologi. Akan berusaha membantu pelajar untuk meminati sains terutamanya kimia dan biologi. Sekiranya memerlukan bantuan dalam subjek ini, atau sedang mencari sokongan akademik yang lebih umum, saya di sini untuk membantu.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya fokus kepada kuliah dan perbincangan. Untuk bab yang ringkas, saya boleh menunjukkan beberapa demonstrasi mudah atau bercerita pengalaman saya sebagai pelajar dan pembantu penyelidik untuk meningkatkan kefahaman pelajar. Saya juga akan cuba memasukkan pembelajaran berasaskan permainan/kuiz agar dapat menarik minat pelajar ke atas subjek yang saya ajarkan. Dan untuk mengikuti perkembangan semasa, saya juga akan menyelitkan teknologi terutamanya melalui applikasi Youtube untuk memberi gambaran kepada pelajar beberapa situasi kimia dan biologi yang tidak boleh didapati atas diakses dengan mudah.
Penilaian & Maklumbalas

Nor Hazlina binti Abdullah : Kimia - Bahasa Melayu

Kemahiran tutor dalam meningkatkan kefahaman pelajar boleh ditingkatkan lagi

Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3