Profile Picture

Siti Aisyah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Tanah Merah, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Aisyah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Prinsip Akaun merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.
Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5