Profile Picture

Muhammad Faqree *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma In Civil Engineering (Building Services)

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) (Sedang Belajar)

Kuala Muda, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya kini merupakan mahasiswa Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan) dengan Kepujian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kampus Pagoh. Kini sedang menjalankan pengajian di Tahun dua (2). Saya juga berpengalaman menjadi tenaga pengajar persendirian di Seremban 2 setelah tamat menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2017, rata-rata anak didk saya merupakan pelajar sekolah rendah yang mengambil subjek Matematik. Saya mendapat komen atau ulasan berkenaan cara pembelajaran yang saya bawakan adalah baik dan teratur.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan pendekatan secara perbincangan, latih tubi dan kuiz. Pada awal pembelajaran, saya akan bertanya beberapa soalan berkaitan topik yang akan dihadapi. Dengan cara ini, saya boleh memerhatikan tahap kefahaman terhadap silibus yang akan dipelajari oleh anak didik saya. Setelah memahami apa yang akan dipelajari, saya akan menerangkan dengan cara yang ringkas/mudah difahami kepada anak didik saya agar mereka faham apa yang sedang dan apa yang perlu dilakukan kemudian. Akhir sekali, pendekatan secara kuiz akan membantu saya melihat perkembangan terhadap apa yang telah dipelajari oleh anak didik saya. Subjek Matematik boleh dikatakan subjek yang kurang digemari oleh pelajar, dengan memberi pemahaman yang sebetulnya adalah kemestian dalam menyampaikan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Universiti - Diploma
Sejarah Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Muzik Asas (Basic)