mytutor_mobile
Profile Picture

Mashitah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (syariah), Universiti Sultan Zainal Abidin

Kota Samarahan, Sarawak

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ustazah Mashitah. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dengan Kepujian dari Universiti Sultan Zainal Abidin. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan boleh memberikan komitmen sepenuhnya dalam membimbing dan mendidik anak-anak dalam subjek agama iaitu Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Al-Quran dan tajwid. Saya boleh mengajar di pelbagai peringkat umur baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Hal ini kerana, saya mempunyai pengalaman 6 bulan mengajar secara dalam talian kepada kanak-kanak yang berusia 4-17 tahun mengaji iqra, muqaddam, al-Quran serta ilmu tajwid. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman mengajar secara dalam talian kepada wanita dewasa yang berusia 18-65 tahun untuk mengaji iqra, muqaddam, al-Quran dan tajwid sejak Mac 2023 sehingga kini. Alhamdulillah, dalam tempoh ini saya berjaya membimbing anak murid saya sehingga mereka berjaya khatam mengaji iqra. Saya akan memberikan komitmen dan khidmat yang terbaik sekiranya diberi peluang untuk mengajar dan membimbing anak-anak tuan/puan dalam subjek agama.
Teknik Pengajaran
Pelbagai teknik yang saya gunakan bagi memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran itu capai pada matlamatnya. Yang pertama, saya gunakan kaedah talaqi dan musyafahah iaitu bermaksud apabila anak murid mengaji secara berhadapan melalui medium google meet atau whatsapp video call. Selain itu, saya juga menyediakan kuiz-kuiz online yang menarik iaitu yang berbentuk permainan video bagi menarik perhatian anak-anak murid untuk minat belajar. Tambahan pula, kaedah seperti ini dapat membantu anak pelajar untuk lebih memahami pembelajaran tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Dewasa, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Tadika
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
P. Islam Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 2, Tingkatan 5