Profile Picture

Maizatul Ikramina *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Language And Linguistic Arabic

Kunak, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Mai. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Arab Universiti Malaya. Saya mempunyai pengalaman mengajar secara bersemuka dan menjadi tutor online selama setahun dalam subjek-subjek seperti Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Mengaji, Jawi bagi pelajar berumur 7 tahun sehingga 15 tahun. Saya juga telah menjalani Latihan Industri di salah sebuah sekolah menengah di Sabah dan membantu untuk mengajar subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam bagi Tingkatan 3 sehingga 5.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menarik bagi menarik minat pelajar menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar. Saya juga menggunakan aplikas seperti Google Slide, Wordwall, nyanyian (dalam penghafalan rumus) dan sebagainya. Saya juga menyeimbang teknik pengajaran berdasarkan umur pelajar supaya pelajar tidak berasa bosan dalam masa yang sama dapat mencapai objektif pembelajaran tersebut. Sebagai contoh, untuk pelajar yang berumur 7 tahun, saya akan mengajar menggunakan teknik permainan dan alat bantu mengajar yang lain untuk memudahkan mereka menguasai dan memahami topik-topik yang dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Bahasa Arab Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca - BM Tadika
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5