Profile Picture

Jestina Ungan *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Miri, Sarawak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Jestina. Saya merupakan graduan pada tahun 2020 dalam bidang Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan berpengalaman mengajar kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun keatas. Subjek bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sains merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala subjek-subjek yang lain merupakan subjek minor saya sebagai seorang pendidik. Saya juga pakar meningkatkan disiplin dan motivasi dalam kalangan kanak-kanak. Ingin anak anda seronok belajar? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 3 bulan sebagai guru praktikal dalam industri pendidikan, saya telah menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan seorang kanak-kanak. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dan menerapkan nilai-nilai moral dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai teknik pembelajaran yang saya akan gunakan untuk memastikan kanak-kanak berupaya memahami ilmu yang diajar. Kefahaman kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu yang baru adalah visi dan misi saya sebagai seorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tadika
Bahasa Melayu Tadika
Bahasa Inggeris Tadika
Sains Tadika
Prasekolah - 3M Tadika