Profile Picture

Mohamad Faizal *******

(Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Kulai Jaya, Johor

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum w.b.t, saya Ustaz Mohamad Faizal atau mesra dipanggil Ustaz Faizal. Latar belakang pendidikan saya, saya berjaya mendapat pangkat Mumtaz Sofi dalam peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sijil Menengah Agama (SMA). Saya juga berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM iaitu 9A 1B (6A+ 3A 1B+). Saya juga berjaya mendapat Mumtaz Sofi dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Seterusnya saya berjaya memasuki Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Arab di Universiti Malaya seterusnya ditawarkan pengajian dalam program PISMP di IPG sehingga kini.

Saya sudah berpengalaman menjadi tutor sejak tahun 2021 sehingga masa kini. Justeru itu, saya berpengalaman dalam bidang pendidikan Islam khususnya dalam bidang mengajar al-quran, iqra’ dan juga tajwid. Saya juga pernah mengajar murid dalam semua peringkat umur daripada umur 6 tahun dan ke atas untuk bidang pendidikan Islam.

Manakala, saya juga pernah menjadi tutor bagi bidang bahasa arab untuk peringkat dewasa selama dua bulan bermula sejak dari awal bulan februari 2024 sehingga hujung bulan mac 2024.

Sedikit sebanyak, pengalaman kerja saya sebelum ini membantu saya untuk membiasakan diri saya dalam memberi didikan yang baik buat murid-murid yang saya ajar.

Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang kebiasaannya saya gunakan adalah teknik pengajaran yang berasaskan penggunaan teknologi digital seperti permainan quizizz, wordwall dan juga kahoot untuk menguji murid-murid setelah memahami isi pelajaran yang saya ajarkan kepada mereka.

Selain itu juga, saya juga menggunakan kaedah penerangan sekiranya saya perlu menyampaikan fakta tentang isi-isi pelajaran lebih-lebih lagi yang melibatkan bidang pendidikan islam dan bahasa khususnya.

Seterusnya, bukan sahaja saya menerangkan, namun saya juga melakukan pengajaran secara komunikasi dua hala antara guru dan juga murid supaya murid tidak terlampau bosan dan agar saya dapat mengesan sama ada murid faham ataupun tidak.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Tingkatan 1, Darjah 4, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 3, Dewasa
P. Islam Tingkatan 1, Darjah 4, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Arab Tingkatan 1, Darjah 4, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Universiti - Diploma, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 1, Darjah 4, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Mengaji
Bahasa Arab - Third Language Tingkatan 1, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Jawi Darjah 5, Darjah 6
Usuluddin Tingkatan 2, Tingkatan 3
Syariah Islamiah Tingkatan 2
Bahasa Arab Dewasa
Mengaji - Al-Quran Dewasa
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3
Lughatul Quran KAFA - Darjah 6
Hafazan KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3
Tajwid KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3