mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Zulaikha *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Sastera Agama ( Smka Al- Irshad)

Butterworth, Pulau Pinang

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Zulaikha. Saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Pendidikan Khas) dengan Kepujian yang baru sahaja menghabiskan pengajian saya dan menunggu untuk graduasi. Pengkhususan saya ialah masalah pembelajaran dan masalah pendengaran. Manakala minor saya ialah Sejarah. Saya berpengalaman mengajar murid berkeperluan pendidikan khas iaitu murid bermasalah pembelajaran iaitu autisme, ADHD,disleksia dan slow learner. Sebelum itu , saya merupakan pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia . Terdapat empat subjek yang saya ambil iaitu Sejarah, Bahasa Arab , Syariah dan Pengajian Am. Saya sangat komited dalam merancang pengajaran dan pembelajaran supaya proses PdP dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan dapat menarik minat anak murid saya. Nak tingkatkan pretasi pembelajaran anak anda ? Nak anak anda bersemangat mengikuti kelas pembelajaran . Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya mempunyai pengalaman mengajar murid prasekolah dan sekolah menengah. Terdapat pelbagai teknik pengajaran yang saya aplikasikan dalam pengajaran saya untuk menarik minat murid dan meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran . Fokus saya ialah murid tidak berasa bosan dan bersemangat untuk mengikuti pembelajaran yang saya jalankan. Dengan itu, pencapaian mereka dapat ditingkatkan . Antara strategi yang kerap saya gunakan ialah Belajar Melalui Bermain , Pembelajaran Berasaskan Projek, Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Konteksual.
Penilaian & Maklumbalas

Nur Hidayah Mohd Sa'ad : Prasekolah - 3M

excelent!

Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Prasekolah - 3M Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3