Profile Picture

Muhammad Sabirrin *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Bioperubatan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kuantan) (Telah Bergraduasi)

Tanjong Malim, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan dalam bidang Sains Bioperubatan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini berkhidmat sebagai Pegawai Sains. Selain itu, saya juga mempunyai sijil Tahfiz Al-quran dari Darul Quran. Saya seorang yang sangat berdedikasi dan sentiasa bersemangat untuk memastikan anak didik saya mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Saya sentiasa memegang kepada prinsip “ No one shall be left behind” kerana saya optimis dan percaya, bahawa setiap anak didik saya mempunyai potensi dan kemahiran yang perlu dikembangkan dan setiap daripada mereka berhak untuk berjaya dalam pelajaran.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan kaedah yang bersesuaian untuk memastikan setiap anak didik saya sentiasa seronok dan bersemangat dalam menuntut ilmu. Saya juga akan sentiasa menggunakan pendekatan yang interaktif dan mengaplikasikan teknologi dalam pembelajaran. Latih tubi serta perbincangan dua hala bersama pelajar juga akan digunapakai untuk memastikan sesi pembelajaran menjadi lebih efektif.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Mengaji - Al-Quran Dewasa
Mengaji - Iqra Dewasa
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4