Profile Picture

Mahirah Farhana *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Accounting

Rawang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Mahirah Rahimi. Saya merupakan lepasan graduan USIM (Universiti Sains Islam Malaysia). Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian dengan pointer keseluruhan 3.42. Saya juga lepasan Matrikulasi Negeri Sembilan dalam bidang Perakaunan dengan pointer 3.84. Sekarang ini saya bekerja di Jabatan Perangkaan Malaysia dan menetap di Puchong. Oleh kerana saya ingin meneruskan kerjaya saya dalam bidang pendidikan, Saya juga mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang audit melalui program latihan industri universiti. Untuk pengetahuan tuan/ puan, audit merupakan satu proses menjalankan pemeriksaan kewangan rasmi (syarikat dan akaunnya) sebelum di hantar ke bahagian cukai. Oleh itu, saya mempunyai pengalaman yang saya rasa cukup untuk mengajar pelajar tingkatan 4 atau tingkatan 5 khususnya dalam subjek Prinsip Perakaunan.
Teknik Pengajaran
- Saya akan menyediakan bahan tambahan untuk pelajar untuk mengukuhkan pengetahuan asas pelajar seperti penyata pendapatan, kunci kira-kira, imbangan duga, jurnal am, jurnal khas dan sebagainya. Saya percaya jika asasnya kuat, soalan tahap kbat sekalipun pelajar mampu menjawab soalan kbat tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
Matematik Darjah 4
P. Islam Darjah 4
Mengaji - Iqra Darjah 4
Jawi Darjah 4
Mengaji - Al-Quran Darjah 4