mytutor_mobile
Profile Picture

Syazana Najwa *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sijil - Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai

Kota Bharu, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum,saya Syazana Najwa yang merupakan pelajar lepasan Giatmara dalam jurusan Fashion and Dressmaking selama 6 bulan pada tahun 2015. Setelah menamatkan pelajaran di Giatmara, saya menyambung pelajaran di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Wakaf Tapai, Terengganu dalam bidang Jahitan Pakaian Lelaki selama 1 tahun dan menjalani praktikal di Syarikat Naswa Collection selama 3 bulan bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Saya juga turut menjalani kursus di Naswa Collection dalam bidang Pembuatan Pakaian Wanita melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 10 bulan. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang jahitan dan bercita-cita tinggi menjadi seorang pengajar, saya diterima untuk bekerja di Syarikat Naswa Collection dan berpeluang menjadi guru ganti di Naswa collection selama setahun. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman mengajar dari rumah selama setahun.
Teknik Pengajaran
Teknik Pengajaran yang diketegahkan adalah teknik Mengajar bermula dari teknik mengendali mesin jahit,teknik membuat nota,teknik membuat pola,T
teknik memotong kain dan juga teknik menjahit.Kesemua teknik ini dapat membantu pelajar untuk lebih memahami apa yang diajar dan meningkatkan kualiti pembelajaran secara lebih berkesan serta dapat memupuk minat kemahiran menjahit lebih mendalam.
Subjek
Subjek Tahap
Menjahit Asas (Basic)

Tutor Berdekatan Anda