mytutor_mobile
Profile Picture

Hasfina Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Business Administration Hons. Islamic Banking (universiti Teknologi Mara)

Cheras, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Berpengalaman dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebagai guru, penyelia dan penasihat akademik di cawangan Little Caliphs selama 6 tahun. Saya merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan (Perbankan Islam), juga lepasan Asasi TESL dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berperwatakan ceria, mesra dan mudah disenangi kanak-kanak. Pengalaman saya selama 6 tahun dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah memperkukuhkan pengetahuan dan keterampilan saya dalam bidang ini. Selain daripada pengalaman mengajar, saya juga telah menjalani pelbagai kursus dan latihan profesional seperti kursus kaedah membaca, STEM, kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan banyak lagi. Berkemahiran menyediakan rancangan pengajaran bagi subjek teras tadika juga kelas intensif bacaan. Subjek teras; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni, Asas Menulis (Motor Halus). Subjek bacaan; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi, Iqra'. Saya bersedia memberikan servis terbaik bersesuaian dengan keperluan pembelajaran anak tuan/puan.
Teknik Pengajaran
Subjek Teras:
- 3 elemen (Visual, Auditori, Kinestetik)
Visual: Kad Imbas/Alat Bantu Mengajar/Video/Slide Pengajaran (iPad)
Auditori: Perbualan/Penerangan/Lagu Bertema
Kinestetik: Pembelajaran Aktif/Aktiviti/Kuiz atas talian (Kahoot/Quizziz)
- Belajar sambil bermain

Subjek Bacaan:
- Bahasa Melayu: Bacalah Anakku Modul/Teknik Fonik
- Bahasa Inggeris: Read Easy Modul
- Jawi: Ibu Ajarku Jawi Modul
- Iqra': Darul Ariff Modul

*Boleh mengajar dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Seni & Kraf Tadika
Fardhu Ain Tadika
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Tadika
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Jawi Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1
Sains Tadika
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1
P. Islam Darjah 1