Profile Picture

Nur Syakirah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Degree In Tesl (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Tapah, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Nur Syakirah dan saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Saya mempunyai pengalaman mengajar di sekolah menengah harian dan agama (asrama) sewaktu tahun pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman dalam menjalankan aktiviti di sekolah seperti E-Kokurikulum, English Camp, Kem Pemantapan Asas dan sebagainya. Fokus saya adalah untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris supaya pelajar dapat meningkatkan pengetahuan, penguasaan dan kemahiran dalam menggunakan bahasa tersebut secara lisan dan bertulis.
Teaching Method(s)
Pengajaran saya berfokuskan kemahiran asas dengan memperkenalkan teknik yang boleh pelajar aplikasikan dalam pembelajaran. Saya juga mahir dalam menjalankan pengajaran secara bersemuka dan atas talian dengan penggunaan bahan mengajar yang menarik dan mudah difahami. Selain itu, saya menggunakan teknik hiburan terutamanya sewaktu memperkenalkan topik mengajar bagi memastikan pelajar sentiasa bersedia dan tertarik sepanjang proses pembelajaran berlangsung.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 5, Darjah 6