Profile Picture

Siti Aishah *******

(Bersemuka)

Diploma / Stpm - Diploma In Art & Design Universiti Teknologi Mara

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Aishah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 4 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Pengalaman 2 tahun sebagai guru Mystep di beberapa buah sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, saya diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Bahasa Melayu di salah sebuah SMJK(cina), manakala subjek Perniagaan sebagai subjek Minor. Saya juga beberapa kali mengendalikan seminar komunikasi kepada pelajar bagi meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman kerja selama hampir 8 tahun dalam bidang kewartawanan & komunikasi korporat sebelum menceburi bidang pendidikan, menjadikan saya memilih bahasa Melayu sebagai subjek Major dalam dunia pendidikan. Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Perniagaan Tingkatan 4