mytutor_mobile
Profile Picture

Yasmin Khalidah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Computer Science (universiti Tenaga Nasional)

Jenjarom, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, nama saya cikgu yasmin. Saya seorang guru yang mahir dan berpengalaman dalam mengajar selama 5 tahun bermula daripada tahap pra sekolah sehingga ke sekolah menengah. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan subjek utama sepanjang tempoh saya berkhidmat sebagai tutor. Saya berkemahiran dalam mengendalikan kelas atas talian semenjak pandemik dan sebelum itu telah melakukan khidmat private tutor atau one-to-one untuk pelajar pecutan PT3 dan SPM. Selain itu, saya juga berkemahiran dalam mengendali kanak-kanak dalam menarik minat mereka untuk belajar. Di samping itu, sebagai graduan Computer Science Major in Software Engineering dan berpengalaman dalam industri IT, saya juga membuka cabaran baru untuk diri saya dalam mengajar pelajaran berkaitan dengan Teknologi Maklumat mengikut permintaan.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang akan saya dedahkan kepada pelajar adalah berdasarkan aktiviti selepas tamat kelas. Dalam hal ini, bagi pelajar prasekolah dan sekolah rendah, saya lebih gemar untuk melakukan ulangkaji setiap kali tamat sesi kelas dengan bermain game secara virtual. Dalam hal ini, sesi soal jawab antara saya dan pelajar akan lebih berkesan kerana keterujaan dan menyebabkan mereka aktif dalam memberi pandangan dan jawapan. Selain itu, pendedahan kepada pelajar sekolah menengah pula akan lebih kepada kekerapan dalam menjawab soalan skor dan hot. Hal ini kerana, mengikut pengalaman saya, pelajar akan lebih mudah dan cepat dalam "menangkap" jenis soalan dan juga jawapan yang sesuai sekiranya pendedahan terhadap soalan target diberikan secukupnya kepada mereka. Sesi soal jawab dan memberi pendapat juga sentias digalakkan bagi memberi idea dan ruang bagi pelajar membaiki kesilapan mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Komputer Tingkatan 4, Tingkatan 5
Asas Sains Komputer Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 3