Profile Picture

Fatin Kamaluddin

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Arabic Language Studies Languages ( Linguistics ) - Ibnu Tofail University, Kingdom Of Morocco

Klang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum & Hi! Saya Madam Fatin. Seorang yang peramah, suka memahami sebelum membantu dan merupakan individu yang percaya dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat. Saya juga berpegang dengan konsep ' Saya mengajar untuk belajar'. Saya berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dari Universiti Ibnu Tufail di Morocco. Saya juga mempunyai Sijil Diploma Talaqqi Al-Quran dari Darul Quran di Kaherah, Mesir. Saya berpengalaman selama lebih 10 tahun di dalam bidang pendidikan sebagai penterjemah Bahasa Arab- Bahasa Melayu/ Inggeris, pemain industri pendidikan awal kanak-kanak dan juga tutor sambilan Al-Quran, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiyah dan Pendidikan Al-Quran & Sunnah. Saya juga boleh mengajar Bahasa Inggeris kerana mempunyai minat yang amat mendalam ketika belajar di Sekolah Berasrama Penuh ( SBP) satu ketika dahulu. Saya berminat untuk berkongsi tips memahami subjek pembelajaran di Malaysia sebagai seorang pelajar yang pernah mendapat 5A di dalam UPSR, 9 A di dalam PMR dan 8 A di dalam SPM. Keputusan peperiksaan bukanlah segalanya bagi saya, namun, apabila seseorang pelajar itu faham tentang isi kandungan sesuatu subjek dan boleh memahami konsep kertas peperiksaan di Malaysia- mendapat skor A bukanlah sesuatu yang mustahil. Perlu bantuan untuk anak anda? Saya sedia membantu! :) ---------------------------------------------------------------------------- Assalamualaikum and Hi! I am Madam Fatin. A bubbly person, likes to connect before correct and someone who believes in lifelong learning. I hold on to this motto in my life 'I teach to learn'. Let me tell you a bit on myself, I was graduated in Arabic Languages and Linguistics Studies from Ibn Tofail University in Morocco. I also was being checked and trained in Talaqqi Al-Quran from Darul Quran in Cairo, Egypt. I have more than 10 years of experiences in Education industry as an Arabic<> English/ Malay Interpreter, Early Childhood Educator as well as part-time tutor for Al-Quran, Arabic, Islamic Education ( PAI), Syariah Islamiyyah Studies ( PSI) and Quran& Sunnah Studies ( PQS). I am also very keen in English when I was in one of the boarding school ( SBP) in Malaysia. As someone who earned straight As in UPSR and PMR, as well as 8As out of 12 subjects in SPM, I would love to share my tips to comprehend each subject and to understand the concept of exam papers in Malaysia if A is the main target. For me, getting A is not everything but it shows that you/ your child is able to understand the subject well, seek his/ her true potential ( everyone is unique and so is their potential) and that's what I aim for each student of mine. Need help for your child? Here I am, at your service:)
Teknik Pengajaran
Teknik saya mengajar ialah seperti berikut:

3S -
1. SEEK- Seek to understand the student - Memahami tahap kefahaman, cabaran dan keinginan pelajar.

2. SHOW- Show what the student needs - Memandu pelajar untuk mencapai apa yang diinginkan.

3. SUPPORT- Support the student in the process - Menyokong dan mendokong pelajar di dalam proses memahami dan mendapat strategi kefahaman mudah.

Teknik pengajaran saya bersifat 'learning facilitator' iaitu saya sebagai pemudahcara untuk pelajar memandu eksplorasi pembelajaran dalam memahami sesuatu konsep. Jika pelajar belum boleh memahami sesuatu konsep dan meneroka sendiri, saya bersedia untuk menjelaskan/ menerangkan konsep tersebut dengan cara yang paling mudah difahami.

Berdasarkan pengalaman saya, saya percaya teknik ini sangat bersesuaian dengan pembelajaran abad ke 21 ( 21st century learning) dan boleh menyuntik 'intrinsic motivation' ( motivasi kendiri/ dalaman ) untuk pelajar meneroka lebih lagi tentang sesuatu konsep pembelajaran untuk menjadikan pembelajaran tersebut lebih bermakna untuk dirinya ( meaningful learning).
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Mengaji - Iqra Darjah 6, Darjah 5, Dewasa, Darjah 4, Darjah 3
P. Islam Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 4
Pendidikan Moral Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 5
Bahasa Arab Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Universiti - Diploma, KAFA - Darjah 5, Darjah 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Mengaji, Darjah 4
Membaca - BM Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 4
Bahasa Arab - Third Language Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Darjah 4
Communication & Writing Darjah 5, Tingkatan 1
Maharat Al-Quran Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Syariah Islamiah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Usuluddin Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Tasawwur Islam Tingkatan 4, Tingkatan 5
Al-Syariah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami Tingkatan 4, Tingkatan 5
Hifz Al-Quran Tingkatan 4, Tingkatan 5
Turath Dirasat Al-Islamiah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Turath Bahasa Arab Tingkatan 4, Tingkatan 5
Turath Al-Quran wa Al-Sunnah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Rumah Tangga Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kelas Agama Dewasa
Bahasa Melayu Dewasa
Tauhid KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Fekah KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Ulum syariah - Akidah KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Sirah KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Lughatul Quran KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Hafazan KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Tajwid KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Adab dan Sirah KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Prasekolah - 3M Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3