Profile Picture

Siti Hawa *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Al-quran Dan Hadith (Universiti Muhammad V, Rabat, Maghribi)

Tampin, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Selamat berkenalan. Saya, Ustazah Hawa, berpengalaman dalam bidang mengajar secara bersemuka di sekolah kebangsaan dan kini ingin menceburi bidang tutor dalam talian. Saya akan memberi penekanan dalam bidang tauhid dan Al-Quran yang terdapat dalam subjek Pendidikan Islam terutamanya, di samping memberi fokus juga kepada murid-murid yang kurang memahami subjek Bahasa Arab. Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki sepanjang saya bekerja sebagai seorang guru akan dicurahkan kepada murid-murid tutor.
Teknik Pengajaran
Saya akan mengaplikasikan teknik pengajaran yang bersesuaian mengikut tahap murid. Fun learning juga akan diterapkan sekiranya mode pengajaran atas talian dijalankan. Untuk subjek Pendidikan Islam, saya akan menjalankan ktiviti susulan selepas mengajar sesuatu topik menggunakan aplikasi atas talian seperti Wordwall dan Quiziz. Selain itu, untuk bidang aqidah, penceritaan yang bersesuaian beserta bahan bantu mengajar yang menarik juga akan diaplikasikan semasa pengajaran saya. Bagi subjek Bahasa Arab, saya perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti komunikatif agar murid boleh mengaplikasikan kemahiran dan kefahaman berbahasa mereka dalam situasi sebenar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4
P. Islam Darjah 4, Darjah 5, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Arab Darjah 4, Darjah 5, Darjah 1, Darjah 2
Mengaji - Iqra Darjah 4, Darjah 5, Darjah 1, Darjah 2
Mengaji - Al-Quran Darjah 4, Darjah 5, Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BM Darjah 5
Jawi Darjah 1, Darjah 2