Profile Picture

Nadia Amira *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Politik

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Gombak, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi yang mempunyai pengalaman mengajar pelajar yang lemah dalam pembelajaran. Saya amat berkomited untuk membantu pelajar-pelajar saya bagi mencapai kecemerlangan dalam pendidikan mereka. Ini termasuklah dengan percaya bahawa 'small progress' yang dilakukan oleh pelajar mampu membawa perubahan pada masa akan datang. Saya percaya saya mampu memberikan kerjasama yang baik untuk memberikan keselesaan kepada anak didik saya. Hubungi saya pada hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan teknik belajar sambil berhibur. Dalam memastikan pelajar saya dapat memahami pembelajaran pada hari tersebut saya akan menggunakan contoh yang mudah difahami. Alatan pembelajaran juga akan mudah diterima oleh generasi pelajar pada zaman kini. Selesai sahaja pembelajaran pada hari tersebut saya akan menyediakan latihan ringkas bagi memastikan pelajar benar-benar memahami topik yang dipelajari. Selain itu, sebelum memulakan pembelajaran yang baharu saya akan meminta pelajar untuk mengimbas semula (recap) apa yang dipelajari pada sebelum ini. Melalui cara ini saya akan dapat kenal pasti sama ada pelajar ingat dan faham akan apa yang disampaikan oleh saya.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 2
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Iqra Darjah 1