Profile Picture

Siti Nur *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor's Degree Of Accountancy (Universiti Teknologi Mara)

Petaling Jaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai, saya Cikgu Suraya. Saya sedang bekerja sebagai Eksekutif Kewangan di salah sebuah syarikat swasta. Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Diploma Perakaunan dari UiTM dan berjaya menerima Anugerah Naib Canselor bagi kedua-dua ijazah sarjana muda dan diploma. Saya berminat menjadi tutor kerana saya suka mengajar terutamanya bagi matapelajaran Prinsip Perakaunan. Semasa saya di universiti, rakan-rakan sering meminta bantuan saya untuk mengajar mereka dalam subjek teras seperti Perakaunan, Percukaian dan Pengauditan. Saya juga telah dilantik oleh fakulti saya sebagai tutor untuk subjek Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 & 5 bagi Program "University Social Responsibility" selama setahun yang melibatkan pelajar-pelajar dari SMK Puncak Alam.
Teaching Method(s)
Berpengalaman mengajar pelajar-pelajar Tingkatan 4 & 5 selama setahun, saya menggunakan teknik pengajaran menjawab set-set soalan bagi setiap tajuk dalam silibus. Saya juga menggunakan soalan-soalan percubaan SPM bagi mengetahui tahap pencapaian pelajar bagi setiap tajuk. Saya menggunakan pendekatan mudah yang senang difahami dan melaksanakannya dalam bentuk praktikal supaya pelajar tidak mudah hilang fokus untuk subjek ini.
Ratings and Reviews

Puan Hajariah Mohamad : Prinsip Perakaunan

Tutor sangat bagus & komited. Anak saya faham dengan cara pembelajaran yang diajar oleh tutor.

Subject
Subject School Level
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5