Profile Picture

Normimi Binti *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Degree In Arts (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Puchong, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai, saya Cikgu Mimie dari Puchong. Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai pengalaman mengajar tuisyen selama 15 tahun iaitu sejak tahun 2008. Mata pelajaran yang saya ajar ialah Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Saya mengajar tuisyen untuk murid sekolah rendah (Bahasa Melayu dan Sejarah) dan murid sekolah menengah (Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif). Saya sangat familiar (biasa) dengan silibus KSSR dan KSSM terutamanya skema pemarkahan. Saya sentiasa memberikan motivasi untuk meningkatkan prestasi pelajar. Saya dapat mengubah prestasi pelajar daripada zero kepada hero terutamanya semasa peperiksaan SPM. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar supaya mereka mempunyai prinsip untuk cemerlang dalam pelajaran. Nah, tunggu apa lagi! Jika anda mahu anak anda cemerlang dalam peperiksaan terutamanya peperiksaan SPM, boleh hubungi Cikgu Mimie hanya di kawasan Puchong dengan segera. Terima kasih.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya gunakan ialah mengajar berdasarkan kertas model sama ada kertas model peperiksaan akhir Tahun 6, peperiksaan akhir Tingkatan 3 atau SPM. Saya akan mengajar teknik menguasai soalan-soalan KBAT berdasarkan fakta, contoh dan huraian supaya pelajar dapat menguasai teknik penskoran yang baik dalam peperiksaan. Selain itu, saya akan memberikan latihan karangan Bahasa Melayu dan penghasilan karya dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif dengan pendekatan yang mudah difahami sehingga pelajar boleh menghasilkan penulisan yang baik. Di samping itu, saya juga pakar dalam memberikan motivasi kepada pelajar dalam usaha meningkatkan prestasi dan disiplin mereka. Ayuh, tunggu apa lagi hubungi Cikgu Mimie hanya di kawasan Puchong dengan segera untuk mengubah prestasi anak-anak anda. Terima kasih.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 4, Tingkatan 5