mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Faeza *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master In Science (universiti Malaysia Sabah)

Labuan, WP Labuan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya mempunyai pengalaman mengajar sebagai tutor sambilan selama hampir dua tahun, di pelbagai peringkat termasuklah sekolah rendah, menengah dan universiti. Latar belakang pendidikan saya yang mementingkan bahasa inggeris dan matematik sebagai subjek utama, membolehkan saya mengajar subjek bahasa inggeris dan matematik di peringkat pra sekolah,sekolah rendah dan sekolah menengah. Di samping itu, saya juga berkemahiran dalam mengajar subjek teras yang lain. Saya juga mempunyai pengalaman mengajar berbagai jenis peringkat pembelajaran, oleh itu saya mempunyai kemampuan mengendalikan pelbagai jenis karakter pelajar mengikut tahap penguasaan pelajar.
Teknik Pengajaran
Menjadi tutor yang bertanggungjawab ke atas bayaran yang dibuat oleh ibubapa atau penjaga, saya menitik beratkan usaha saya dan pelajar sendiri di samping misi memperolehi gred cemerlang, oleh itu saya sering menarik minat pelajar dengan membuat latihan interaktif yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Dengan adanya minat dari pelajar, saya akan menerapkan ciri ciri pembelajaran berfokus, untuk memfokuskan kekuatan pelajar (untuk mengelakkan kecuaian ketika menjawab soalan) dan kelemahan pelajar (untuk membantu pelajar memahami pembelajaran). Bagi persiapan pelajar ke arah peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 atau SPM, saya sering memberi latihan berupa soalan dan format sebenar peperiksaan dan menanda kertas jawapan mereka mengikut skema pemarkahan peperiksaan. Saya juga sering berhubung dengan ibubapa pelajar tentang prestasi bulanan dan hala tuju pelajar.
Penilaian & Maklumbalas

Puan Rosyawati binti Ab. Rahim : Bahasa Inggeris

tutor mengajar dengan baik

Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5