Profile Picture

Nur Shuhada *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Ekonomi

Kluang, Johor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Shuhada. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Perakaunan dan Ekonomi merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul, serta berkemahiran dalam menyampaikan pembelajaran dalam bentuk paling mudah menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga mengendalikan beberapa seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 5 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan kata kunci , peta dan beberapa teknik lain menjadikan Teknik skor A+ SPM bagi subjek Matematik, Ekonomi dan Perakuanan juga di terapkan. Keselesaan dan keserasian dalam penyampaian pembelajaran amat penting bagi meningkatkan kemahiran dan kepercayaan pelajar baik dari segi pelajaran mahu pun pendidik .
Ratings and Reviews

Puan Shahida Jamaludin : Matematik

Saya sangat berpuashati dengan komitmen yang diberikan oleh Cikgu Shuhada. Ada peningkatan dalam pencapaian anak dan pemahaman tentang topik-topik yang diajar. Terima kasih.

Intan Zurina Binti Ramli : Matematik

good

Nazirah Binti Jamaludin : Matematik

Alhamdulillah anak feedback cikgu ajar dgn jelas dan sampai faham. Ambil kelas ekpress persediaan masuk tingkatan 3. Terima kasih cikgu, ada rezeki jumpa lagi.

Nazatul : Prasekolah - 3M

Cikgu sangat okay, Anak sgt serasi & seronok belajar dgnnya

Rafidah Mohd Ambri : Matematik

Alhamdulillah mudah faham formula senang ingat.best🌺

Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tadika
Ekonomi STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4, IGCSE MRSM - Tingkatan 4, IGCSE
Matematik Tambahan IGCSE MRSM - Tingkatan 4, IGCSE