Profile Picture

Nurlailatul Akma *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Shariah (University Al-azhar)

Klang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera. Perkenalkan, saya Ustazah Laila. Boleh juga disapa dengan panggilan cikgu atau teacher. Mana-mana pun tak mengapa. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dalam bidang pengkhususan Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Kini sedang melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tujuan utama saya menawarkan diri dalam MyTutor ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk berkhidmat dan berkongsi ilmu kepada yang lain. Walaupun bidang pengkhususan saya lebih terarah ke Pengajian Islam dan Bahasa Arab tetapi saya juga berkemampuan untuk mengajar subjek akademik yang lain seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan lain-lain. Sebelum ini, saya tidak pernah membuka kelas tuisyen secara physical ataupun hybrid, tetapi saya lebih kepada membantu sesiapa saja yang berkehendak. Maka, mereka akan datang ke rumah saya untuk belajar membaca, menulis, mengira, mengaji subjek KAFA dan subjek akademik. Terima kasih, wassalam.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya ialah hybrid (dalam talian) sahaja. Termasuk dengan pemberian latihan kendiri untuk dibuat dan akan disemak pada kelas akan datang.
Saya lebih memfokuskan kepada pembelajaran dari asas supaya pelajar betul-betul mahir dan mampu menguasainya sebelum ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1
Fardhu Ain Tadika
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1
Bahasa Arab Tadika
KAFA Darjah 1