Profile Picture

Amirah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master In Science (Mathematics), Universiti Malaysia Terengganu

Bandar Baru Bangi, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Cg. Amirah. Saya berpengalaman selama 10 tahun dalam mengajar matematik tambahan. Sekarang saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor falsafah (Matematik). Sepanjang penglibatan saya dalam mengajar, telah ramai pelajar saya yang mengalami peningkatan dalam subjek matematik tambahan. Bermula dengan gagal di peperiksaan akhir tahun kemudiannya mendapat A dalam SPM sebenar. Memandangkan bidang saya dalam matematik, saya mempunyai teknik teknik yang bersesuaian dengan tahap penguasan para pelajar saya.
Teknik Pengajaran
Pendekatan pengajaran saya berbeza mengikut tahap penguasaan pelajar saya. Setiap bab yang akan dipelajari, saya akan menerangkan secara ringkas berkenaan bab berikut melalui peta minda yang dibekalkan dalam kelas. Bermula dengan pengenalan asas, teknik asas dan kemudiannya beralih kepada soalan pertengahan dan seterusnya soalan soalan berbentuk SPM. Para pelajar biasanya tidak mempunyai masalah apabila membuat soalan yang asas, tetapi akan mempunyai masalah apabila berdepan soalan soalan berbentuk SPM atau kbat. Oleh itu, saya akan menggunakan soalan2 berbentuk SPM sebagai latih tubi apabila pembelajaran setiap bab selesai. Penekanan terhadap silibus terkini dan juga sistem pemarkahan terkini akan dibuat didalam kelas bersama pelajar. Setelah pelajar mahir dalam setiap soalan yang diberikan, saya akan melatih pelajar supaya menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan. Hal ini kerana untuk mengelakkan para pelajar mengalami kekangan masa semasa menjawab peperiksaan di sekolah. Matlamat saya adalah untuk membantu para pelajar agar membaiki keputusan mereka. Saya percaya setiap pelajar yang gagal bukanlah seorang yang tidak pandai, tetapi mereka belum menemukan teknik yang sesuai dengan tahap penguasaan mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4
Matematik STPM - Tingkatan 6