Profile Picture

Noraini Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia Dengan Pendidikan (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Seri Kembangan, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Noraini. Saya merupakan seorang tutor dan guru yang telah berpengalaman selama 1 tahun di dalam dunia pendidikan iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara subjek utama ialah bahasa melayu , pengajian am dan sejarah yang merupakan bidang utama saya. Saya juga berkemahiran di dalam bidang bidang pendidikan untuk mendidik pelajar supaya dapat cemerlang dalam subjek yang diajar. Saya juga terlibat secara aktif dalam dunia pendidikan di sekolah rendah dengan mengajar bahasa melayu di sekolah rendah islam integrasi. Anda mahu anak anda skor dengan cemerlang? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah pengajaran yang seiring dengan standard yang terkini terutama dalam membantu pelajar untuk berfikir aras tinggi. Saya juga akan menggunakan pelbagai teknik yang dapat membantu pelajar memahami skop pelajaran yang diajar dengan pelbagai latihan diberikan dan juga dengan menggunakan bahan teknologi yang sedia ada untuk membantu pelajar meningkatkan keupayaan memahami subjek yang dipelajari. Pendekatan yang saya gunakan adalah pendekatan induktif dan tematik dalam membantu meningkatkan penguasaan pelajar. Dengan menggunakan pendekatan dan teknik pengajaran ini sangat membantu pelajar untuk skor dengan lebih cemerlang dalam subjek yang dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, STPM - Tingkatan 6
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6
Ekonomi STPM - Tingkatan 6
Perniagaan STPM - Tingkatan 6