Profile Picture

Mohamad Fauzan *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Dengan Kepujian (Geografi)

Tronoh, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini saya bekerja sebagai Hal Ehwal Pelajar di salah satu buah kolej swasta. Kepakaran saya adalah dalam bidang Geografi manakala subjek ekonomi dan sejarah adalah subjek minor saya. Saya juga merupakan salah seorang keluaran lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Ketika saya menduduki STPM, subjek Geografi, Ekonomi dan sejarah merupakan subjek kegemaran saya. Saya akan cuba sebaiknya dalam memastikan anak didik yang menuntut dibawah saya menyukai subjek yang dipelajari dan berasa mudah untuk skor. Berminat dalam memastikan anak anda berjaya dalam subjek wajib, sila hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Zaman kini semakin maju ke hadapan, jadi teknik pengajaran juga perlu di ubah seperti surat khabar ke media sosial. Begitu juga subjek-subjek yang ingin diajar, ini kerana teknik yang menarik mampu menjadikan anak didik cepat pelajari terhadap ilmu yang diajar. Pendekatan seperti penggunaan gambar beserta ayat mampu mengingatkan anak didik tentang situasi yang berlaku. Manakala perkaitan antara perjalanan kehidupan mampu membantu anak didik belajar dan menyelesaikan perhitungan dengan lebih cepat. Kecepatan dan kebersanan anak didik dalam mendapatkan ilmu daripada saya merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6
Geografi Tingkatan 3, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 3, STPM - Tingkatan 6
Ekonomi Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6