Profile Picture

Natashah Nor *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Laws Honours (Iium)

Gombak, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya tasha. Saya merupakan pelajar semester akhir ijazah sarjana muda undang-undang. saya mempunyai pengalaman berinteraksi dengan kanak-kanak kerana saya banyak menyertai program-program kesukarelaan seperti bersama rumah kebajikan, rumah anak yatim, kanak-kanak kanser serta buku jalanan chow kit bagi kanak-kanak tanpa dokumen. saya juga mempunyai pengalaman membantu pelajar membaca, mengira serta menyiapkan kerja rumah mereka. Di samping itu, saya merupakan pendebat bahasa melayu semenjak sekolah menengah dan telah memenangi beberapa anugerah. saya boleh mengajar kemahiran bertutur di khalayak ramai serta pengucapan awam. Dalam masa yang sama, saya juga merupakan pelajar undang-undang dan mempunyai penguasaan yang tinggi dalam bahasa inggeris. Saya merupakan seorang yang ceria dan senang untuk berinteraksi dengan sesiapa sahaja. Saya juga akan memastikan sesi pembelajaran berada dalam suasana yang seronok dan informatif dalam masa yang sama. Kalau inginkan anak-anak anda tidak berasa tertekan semasa belajar, anda boleh menghubungi saya!
Teknik Pengajaran
Saya percaya bahawa setiap individu memerlukan cara yang berbeza. Justeru itu, teknik pengajaran juga perlu berbeza berdasarkan karakter kanak-kanak tersebut. Saya boleh menggunakan teknik lisan ketika berinteraksi dengan kanak-kanak yang suka bercakap. pengulangan pelajaran dan perbualan mengenai sesuatu amat penting bagi kanak-kanak seperti ini. sekiranya kanak-kanak tersebut gemar melukis, pengajaran dalam bentuk visual boleh kita lakukan manakala pelajaran dalam bentuk lagu pula sesuai bagi kanak-kanak yang gemar menyanyi. Struktur pengajaran akan bergantung kepada minat kanak-kanak tersebut. Bagi kelas-kelas pengucapan awam, saya mempunyai modul dan cara mengajar sendiri serta bentuk-bentuk latihan yang unik bagi membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri disamping mengasah minda mereka.
Penilaian & Maklumbalas
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Communication & Writing Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Public Speaking Asas (Basic), Pertengahan (Intermediate)
Debat Asas (Basic), Pertengahan (Intermediate)
Pidato Asas (Basic), Pertengahan (Intermediate)