Profile Picture

Nur Irdina *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Serendah, Selangor

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Dikenali sebagai Cikgu Irdina. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek Sejarah merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam mengikuti proses pengajaran seiring dengan perkembangan zaman bersesuaian dengan minat dan kelaziman murid. Saya juga berusaha dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman sepanjang berpraktikum di sekolah rendah kebangsaan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya menekankan teknik didik hibur dan penggunaan aplikasi, media dan electronic dalam mencapai objektif pembelajaran. Murid diberi peluang untuk meneroka pembelajaran dengan berdikari agar mereka lebih bebas dan sukarela dalam pembelajaran tanpa sebarang paksaan dan tekanan tetapi dengan panduan dan bimbingan daripada guru. Kaedah dan teknik ini dilihat berkesan dalam memberi pemahaman yang lebih mendalam dan meluas kerana mereka meneroka dengan sendirinya dan guru akan memandu mereka dalam setiap maklumat yang diperolehi. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 5, Darjah 4