mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Kamal *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Degree In Arabic Language

Universiti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Sedang Belajar)

Jitra, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum , hai. Saya Ustaz Kamal. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 5 tahun khususnya dalam bidang agama. Saya merupakan pelajar ijazah sarjana muda Bahasa Arab dengan kepujian di salah satu universiti terkenal di Kedah. Walaupun saya merupakan pelajar ijazah sarjana muda Bahasa Arab , saya mahu dan mampu melahirkan cendiakawan yang bukan sahaja mahir dalam bidang akademik , justeru dalam bidang agama. Subjek bahasa Arab merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala subjek-subjek Dini merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan kelas tutor buat calon SPM di samping mengadakan kelas-kelas tuisyen dalam skala yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 5 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dan soal jawab dalam mencapai objektif pembelajaran. Disamping itu , saya mengajar pelajar dalam waktu yang singkat tetapi padat dengan pengetahuan. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM bagi subjek bahasa Arab dan dini dalam 50 sesi kelas setahun merupakan suatu teknik yang telah saya rangka sejak tahun 2019. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Tingkatan 5
Bahasa Arab Tingkatan 5
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah Tingkatan 5
Al-Adab wa Al-Balaghah Tingkatan 5
Turath Bahasa Arab Tingkatan 5