Profile Picture

Norsyafawani Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dan Pengurusan Islam

Universiti Sains Islam Malaysia (Telah Bergraduasi)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ustazah Wani. Saya merupakan seorang guru dan tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 2 tahun, 5 bulan dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah. Subjek Bahasa Arab merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala al-syariah, usuluddin, pendidikan syariah islamiah, pendidikan quran sunnah, iqra&quran, fardhu ain, pendidikan islam merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar yang cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang dalam subjek agama terutamanya Bahasa Arab? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalama selama 2 tahun ke atas dalam dunia pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran sejurus meningkatlan daya ingatan mereka. Pendekatan peta minda atau peta i-think merupakan kepakaran saya mengikut keperluan subjek terutamanya subjek yang memerlukan bacaan yang banyak. Pelbagai pendekatan saya gunakan seperti menjalankan aktiviti "problem solving", sumbang saran bagi meningkatkan keyakinan mereka dalam berkongsi idea dan pendapat. Teknik skor A SPM bagi subjek Bahasa Arab merupakan suatu teknik yang telah saya rangka semenjak saya menceburi bidang pendidikan, awal tahun 2021. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan antara visi saya menjadi seorang pendidik terbaik.
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Tingkatan 4
Bahasa Arab Tingkatan 4
Usuluddin Tingkatan 4
Al-Syariah Tingkatan 4
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah Tingkatan 4