mytutor_mobile
Profile Picture

Nurnisya Adriana *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Business Administration Hons. Univiersiti Utara Malaysia

Kepala Batas, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, Saya Cikgu Nisya, mempunyai pengalaman mengajar secara sambilan semenjak tahun 2019. Kepakaran saya adalah mengajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris . Saya mula mengajar secara 'Home Tuition' pada mulanya dan sekarang ingin mencuba mengajar secara 'online tuition'. Saya merupakan graduan daripada Universiti Utara Malaysia mengambil jurusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan major dalam perniagaan dan minor dalam kreatif media. Saya juga memperoleh Diploma dalam Pengurusan Perniagaan daripada Kolej Poly Tech MARA . Untuk Makluman, saya sekarang sedang menyambung pengajian saya dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Master of Business Adminstration) di UNITAR dan akan tamat pembelajaran tidak lama lagi. Saya juga mempunya pengalaman bekerja di institut pengajian tinggi dimana saya sekerang bekerja sebagai eksekutif dalam bahagian peperiksaan (Examination Department). Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Misi saya adalah untuk memastikan pelajar memahami dan mendalami subjek yang diajar bukan hanya hafal untuk tujuan peperiksaan semata.Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Kepada ibu dan bapa pelajar, saya akan memberikan service yang terbaik kepada anak-anak anda. Ingin lihat anak-anak anda skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya memberi penekanan terhadap pemahaman pelajar dalam sesebuah pembelajaran. saya menyediakan modul sendiri (e-notes), Mind-map yang lebih ringkas dan mudah difahami. Saya juga menggunakan soalan-soalan SPM dan percubaan SPM semasa sesi latihan untuk menguji kefahaman pelajar. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan pelajar boleh WhatsApps atau Telegram saya bila-bila masa sahaja jika ada soalan atau masalah berkaitan pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5