mytutor_mobile
Profile Picture

Fatinah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Applied Electronic

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Fatinah , mempunyai kelulusan dalam ijazah sarjana muda dengan kepujian elektronik gunaan. Saya sedang bekerja sebagai engineer di sebuah kilang selama setahun dan juga bekerja sambilan sebagai seorang guru tusyen di sebuah pusat tusyen. Walaupun saya belajar di luar bidang, akan tetapi minat saya untuk membantu pelajar yang lemah dengan mengajar telah menyebabkan saya bekerja sebagai guru tusyen sambilan. Kemahiran saya dalam mengajar ialah saya dapat mengenal pasti kelemahan pelajar melalui pendekatan latihan, dan membantu pelajar memperbaiki kelemahan.
Teknik Pengajaran
Teknik yang saya gunakan untuk mengajar ialah dengan berkenalan dahulu dengan pelajar untuk mengenal pasti latar belakang pelajar, minat, cita-cita dan kemahiran pelajar.

Setelah saya dapat mengenal pasti seperti di atas saya akan menggunakan kaedah mengajar sesuai dengan tahap kefahaman mereka.

Saya juga menyediakan report card untuk melatih pelajar menjawab dalam masa yang ditentukan dan dapat mengenal pasti bahagian yang lemah.

selain itu, saya juga mengajar pelajar membuat nota- nota penting, dan memberikan aktiviti dalam kelas untuk mengasah daya pemikiran pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 6
Sejarah Darjah 6