Profile Picture

Nur Hanisah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Mechanical Engineering

Sungai Buloh, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Hanisah. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Saya berpengalaman menjadi seorang mentor dimana saya bertanggungjawab mengajar rakan setingkatan saya dalam subjek Fizik semasa bersekolaha di MRSM Balik Pulau pada tahun 2008. Subjek Sains dan Matematik merupakan subjek kegemaran saya di mana saya yakin saya mampu mengajar subjek itu nanti. Saya berharap agar dapat mengumpul pengamalam dalam industri pendidikan di sini agar dapat memastikan anak-anak dan generasi muda masa kini dapat menuntut ilmu yang sewajarnya dan dapat menggunakan ilmu ini di masa hadapan kelak.
Teknik Pengajaran
Menuntut ilmu adalah 1 proses yang tidak pernah berakhir hingga akhir hayat kita. Oleh itu, sepanjang saya berada di dunia kerja dalam bidang saya sendiri, saya, team dan rakan sekerja saya sendiri sentiasa menggunakan teknik peta minda, di mana teknik ini adalah teknik yang paling relevan serta mudah untuk kebanyakan murid di mana saya jugak telah mengaplikasikan teknik ini sejak dari sekolah menengah lagi.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 2
Sains Darjah 6