mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Aleea *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains ( Biologi ) , Minor Matematik , Uitm

Rawang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan pendidikan yang telah berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang tuisyen secara persendirian. Kepakaran saya adalah dalam bidang sains dan matematik, tetapi atas kepercayaan daripada ibu bapa, saya juga pernah mengajar subjek bahasa melayu, pendidikan islam dan juga mengaji. Saya boleh mengajar dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Ramai pelajar yang telah saya bantu dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka. Saya juga berpengalaman mengajar pelajar yang mempunyai masalah disleksia dan juga minor autism. Saya seorang yang mudah mendampingi pelajar dalam masa yang sama tegas dalam memastikan pelajar memahami pelajaran dan juga selesa belajar dengan saya. Sebagai seorang guru yang pernah mengajar disekolah menengah kerajaan dan swasta, saya faham ada sesetengah pelajar yang memerlukan bimbingan yang lebih berfokus secara 'one to one' untuk memahami dengan lebih baik sesuatu topik dan subjek. Jadi jika anak anda salah seoerang diantaranya,boleh hubungi Cikgu Aleea.
Teknik Pengajaran
Teknik yang saya gunakan adalah yang pertamanya saya akan menganalisa keupayaan pelaja terlebih dahulu, sama ada pelajar jenis yang cepat , sederhana ataupun lemah. Kemudian saya akan menggunakan teknik yang sesuai berdasarkan kebolehan pelajar. Pengalaman selama 8 tahun memberikan kelebihan kepada saya untuk memilih dan memberikan latihan yang bersesuaian kepada pelajar. Saya akan menekankan teknik- teknik menjawab soalan dan kata kunci serta istilah penting setiap topik. Selain itu , saya juga menekankan aplikasi dalam kehidupan dan contoh yang berkaitan dalam kehidupan seharian supaya pelajar lebih memahami konsep serta boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan. Hal ini kerana, saya memegang konsep belajar bukanlah untuk menjawab soalan peperiksaan sahaja tetapi bagaimana menggunakan apa yang dipelajari dalam kehidupan.
Penilaian & Maklumbalas

Ghulam Harith Bin Ghulam Hussain : Sains - DLP Bahasa Inggeris

Bagus

Ghulam Harith Bin Ghulam Hussain : Matematik - DLP Bahasa Inggeris

Bagus

Nakshatiraa Sri : Sejarah

She is a really a very good teacher

Idalis Ayu Bt Abd Aziz : Matematik

Tutor mengajar dgn baik sekali..anak mudah memahami apa yg diajar

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 3, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sains Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sejarah Tingkatan 3, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2
P. Islam Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5