About Me
Hai! Assalamualaikum. Saya cikgu Fifah. Saya mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru praktikal di Kolej Vokasional ERT Azizah dimana ianya kolej lama saya sendiri ketika Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia. Saya masih lagi seorang pelajar tahun akhir di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Katering Dengan Kepujian. Kini saya masih lagi menjalani Latihan Mengajar di KV ERT Azizah bagi kursus Bakeri dan Pastri. Saya akan menamatkan pengajian saya di UTHM dan peroleh ijazah setelah saya menamatkan Latihan Industri pada hujung bulan 10 ini InsyaAllah. Sudah jelas kepakaran saya adalah lebih kepada kemahiran, akan tetapi saya juga boleh mengajar subjek teras Matematik. Saya merupakan pelajar cemerlang Matematik dari waktu persekolahan dahulu sehingga kini dan menjadi pelajar kegemaran guru-guru matematik. Pengalaman mengajar lain adalah saya pernah mengajar kanak-kanak berumur 5 tahun sehingga 13 tahun mengaji daripada iqra' sehingga Al-Quran. Saya juga sering mengajar kanak-kanak di kawasan perjiranan mengenai nombor. Jadi sekiranya anda inginkan anak anda cemerlang seperti saya dalam matematik, anda boleh hubungi saya. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya.
Teaching Method(s)
Saya mungkin kurang berpengalaman tapi saya ada pengalaman sedikit sebanyak sepanjang saya menjadi guru praktikal. Saya akan mengikut peredaran masa kini yang dimana generasi kini lebih kepada dunia teknologi dan juga mengikut perkembangan umur pelajar saya. Setiap lingkungan umur mempunyai perangai masing-masing yang tersendiri. Cara saya, saya akan perhatikan dulu dan kenal pelajar saya terlebih dahulu dan saya akan cuba beberapa cara dan teknik dan meneliti teknik yang mana yang pelajar lebih suka. Cara pengajaran saya juga bukanlah belajar sahaja sepanjang waktu, ada ketika saya akan menyelitkan sedikit sharing session, saya akan bagi aktiviti sama ada secara fizikal atau medium kuiz online seperti kahoot dan quizziz, ada ketika juga saya akan bagi ganjaran kerana fokus di dalam kelas saya. Dan adakalanya saya akan ajak pelajar saya bermain tetapi berkaitan dengan topik pembelajaran hari itu. Semua itu supaya pelajar tidak merasa bosan dan mengantuk dengan kelas yang lama. Saya akan membuat pendekatan dengan pelajar sebaik mungkin kerana keselesaan pelajar ketika belajar adalah keutamaan saya. Pengalaman saya, ada kalanya pelajar saya ingin mengubah tempat, saya akan cuba turuti permintaan mereka daripada bilik kuliah, kita belajar di library atau tempat lain yang sesuai. Ada kalanya pelajar dah mula berasa bosan yang kebiasannya kelas waktu tengahari selepas rehat, mereka sendiri angkat tangan dan mengajak melakukan aktiviti, berehat dan berbual. Kebiasaannya saya akan beralih dari topik pembelajaran 5 hingga 15 minit. Mungkin nampak seperti membuang masa, tetapi sekiranya itu adalah untuk keselesaan pelajar dan dapatkan fokus mereka, saya akan cuba beri yang terbaik dan saya percaya cepat atau lambat itu adalah proses. Luar dari waktu kelas juga saya membenarkan pelajar saya untuk berhubung dengan saya tanpa had masa dan saya akan cuba respon sepantas mungkin. Mungkin untuk bantu buat kerja rumah dan saya membenarkan itu. Sekiranya pelajar saya tidur lambat untuk belajar, menjadi tugas saya untuk sama sama memastikan dia siap tugasan dengan jawapan yang betul.