Profile Picture

Ezzia Stecy *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Sains Perhutanan (Teknologi Dan Industri Kayu)

Labis, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai! Nama saya Ezzia Stecy Maining. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan di Universiti Malaysia Sabah dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya seorang yang sangat bersemangat dalam bidang pendidikan dan bercita-cita untuk mejadi seorang pendidik yang berdedikasi. Saya percaya bahawa setiap individu memiliki potensi yang unik untuk berkembang dan mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka. Saya berkomitmen untuk menciptakan suasana pembelajaran yang positif dan memberikan sokongan yang penuh, demi membantu pelajar mencapai kejayaan akademik dan mengembangkan potensi mereka.
Teaching Method(s)
Kaedah pengajaran saya berfokus kepada pendekatan yang berpusat pada pelajar dimana saya akan mengambil kira keupayaan dan keselesaan cara belajar pelajar. Saya faham bahawa setiap pelajar mempunyai keunikan dan keperluan khusus, oleh itu saya berusaha untuk menciptakan pengalaman pembelajaran yang menarik dan relevan. Saya menggunakan pelbagai teknik dan strategi pengajaran yang meliputi penjelasan yang jelas, contoh, penggunaan teknologi dan interaksi secara langsung dengan pelajar. Saya mendorong penyertaan aktif dan perbincangan terbuka antara saya dan pelajar untuk membangun pemahaman dan menyelesaikan permasalahan mereka dalam pelajaran. Dengan pendekatan ini, saya berharap dapat menginspirasikan minat belajar, meningkatkan kepercayaan diri dan membantu pelajar mencapai hasil yang maksimum.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 5, Darjah 6