About Me
Saya Cikgu Nik. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama 6 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Sains merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Matematik merupakan subjek minor. Saya pernah menjadi penulis buku rujukan sekolah menengah KSSM Tingkatan 2 untuk subjek Sains dan Matematik membuatkan saya berkemahiran dan peka terhadap silibus sekolah. Pada SPM 2022 yang lepas, seorang pelajar saya berjaya mendapat A dalam subjek Sains dan Matematik. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 6 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik menjawab soalan- soalan peperiksaan terdahulu bagi subjek Sains dan Matematik menjadi kebiasaan saya untuk murid peka terhadap soalan-soalan berulang dan tahap kesukaran. Kefahaman dan kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik. Belajar bukan semata menghafal, tapi menguasai konsep menjadi misi saya sebagai tutor yang berdedikasi.