Profile Picture

Bushra Amali *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelors Degree In Science Education (Hons) Biology

Nilai, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, nama saya Bushra Amali binti Mohd Nuri. Saya merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Biologi di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam. Saya tidak mempunyai pengalaman untuk menjadi seorang tutor, namun saya mempunyai pengalaman menjadi seorang pendidik untuk sekolah rendah dan menengah iaitu di Tahfiz Abim Al-Furqan dan SMK Kompleks Klia. Subjek Biologi merupakan subjek major saya manakala subjek Sains dan Kimia adalah subjek minor saya. Sepanjang saya menjalankan praktikal sebagai seorang guru, Alhamdulillah pelajar-pelajar amat suka akan cara pengajaran saya yang membuatkan mereka semakin berminat untuk belajar. Dengan pengalaman dan kemahiran yang saya ada, saya yakin dapat membantu para pelajar dengan lebih berdedikasi dan professional. Jadi, tunggu apa lagi! Hubungi saya segera!
Teknik Pengajaran
Semasa praktikal, saya menggunakan teknik PAK-21. Pada zaman teknologi canggih ini, para pelajar lebih tertarik untuk belajar kerana teknik ini membantu mereka menjadi lebih aktif dalam kelas. Antara contoh yang saya guna ialah kaedah Jigsaw Puzzle, Think-Pair-Share, Group Project, Model dan sebagainya. Saya juga menggunakan teknik Game-Based Learning iaitu dengan menggukanan aplikasi seperti Kahoot, Wordwall, Gamelab, Quizziz dan sebagainya. Untuk subjek Sains dan Biologi, saya menggunakan teknik penerangan dengan menggunakan video yang menarik dan senang difahami yang saya perolehi daripada youtube. Dengan menggunakan teknik-teknik ini, komunikasi dua hala antara pelajar dan guru menjadi lebih interaktif dan berkesan dalam pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 2, Darjah 4, Tingkatan 1
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4
Matematik Darjah 1, Darjah 2