mytutor_mobile
Profile Picture

Ummu Raqida *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Arab Dan Komunikasi (usim)

Kemunting, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamu'alaikum dan Salam mesra. Saya Ustazah Ummu. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman mengajar pelbagai peringkat umur. Saya bermula dengan mengajar pelajar tadika, rendah, menengah seterusnya kolej. Saya turut berpengalaman mengajar pelajar aliran khas selain aliran perdana. Subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Pendidikan Islam termasuk asas fardhu ain, fardhu kifayah, bacaan iqra' dan Al-Quran beserta tajwid. Saya kini telah membuka kelas pengajian iqra' dan Al-Quran di rumah pada malam secara bersesi dan berkumpulan.
Teknik Pengajaran
Saya mengaplikasikan teknik pembelajaran secara talaqqi musyafahah dan praktikal untuk mencapai objektif pembelajaran. Selain itu, pendekatan seperti peta minda, paparan video dan permainan akan digunakan untuk memastikan para pelajar dapat memahami ilmu yang diajar. Target saya, pelajar dapat praktikkan ilmu yang diajar dalam kehidupan seharian secara berterusan.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5