Profile Picture

Siti Nurizzati *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dengan Pengurusan Sumber Insan

Pasir Puteh, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assamualaikum wbt. Saya Izzati Fatihah, pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan semester akhir di Universiti Islam Selangor. Saya kini menetap di Pasir Puteh, Kelantan. Saya pernah mengajar Al-Quran secara atas talian sewaktu PKP kepada pelajar saya yang masih bersekolah rendah di Selangor. Sewaktu zaman sekolah dan universiti, saya kerap menjadi tutor kepada kawan-kawan saya untuk subjek yang memerlukan kefahaman seperti subjek Human Resource dan Ulum Quran. Saya seorang yang cepat mesra, peramah dan ceria. Saya juga seorang yang fleksibel dan mahir menggunakan Microsoft Office serta Canva untuk tujuan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sewaktu di universiti, saya telah mendapat Anugerah Dekan selama tiga semester berturut-turut dalam Asasi Pengajian Islam serta Anugerah Dekan selama empat semester dalam bidang ISM Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan. Saya juga merupakan Timbalan Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2022/2023 dan mahir dalam bidang pendokumentasian.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik berbeza mengikut subjek. Untuk subjek yang memerlukan kefahaman, saya akan menggunakan konsep mencari isi penting serta memahami konsep topik. Manakala untuk subjek yang memerlukan penghafalan, saya menggunakan konsep memahami sinospsis ringkas bagi sesebuah topik. Saya juga akan membuat kuiz ringkas untuk setiap tajuk yang dipelajari untuk menguji kefokusan dan kefahaman pelajar dalam sesebuah topik. Selain itu, saya akan mempelbagaikan teknik mencari isi penting seperti melalui peta minda, penceritaan dan sebagainya. Pengajaran saya lebih ke arah konsep santai dan bermanfaat.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Fardhu Ain Tadika
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika
Jawi Tadika, Darjah 3
Bahasa Arab Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 1, KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
Prasekolah - 3M Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Mengaji
Communication & Writing Darjah 6
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fekah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
Sirah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 1
Tajwid KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
Asas Fardhu Ain KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
Penyuntingan - Canva Asas (Basic)
Public Speaking Asas (Basic)
Pidato Asas (Basic)
Penyuntingan - Video Asas (Basic)