Profile Picture

Nur Maizatun *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Pontian, Johor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang penuntut di UPSI yang mengambil bidang dalam pendidikan Bahasa Melayu dan kini saya berada dalam semester akhir. Saya pernah berpengalaman mengajar di 2 buah sekolah menengah sebanyak 2 kali. Saya telah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat menengah bawah dan menengah atas. Pendidikan amat penting bagi saya untuk menyebarkan ilmu sebanyak yang mungkin kepada generasi kini yang sedang berjuang menuntut ilmu demi masa hadapan mereka. Ibu bapa yang ingin melihat anak anda mendapat keputusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh memilih saya sebagai tutor untuk memberi ilmu yang terbaik kepada anak-anak ibu bapa sekalian. Selain saya mengajar Bahasa Melayu, saya juga ada pengalaman semasa umur saya 16 tahun menjadi Mentor untuk membantu rakan-rakan yang lemah matematik untuk bersiap menduduki SPM.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang digunakan akan mengikut teknik PAK21 yang bersesuaian dengan tahap murid-murid. Kebiasaanya saya menggunakan teknik yang dapat menceriakan suasana pembelajaran dan keseronokan semasa mereka belajar seperti teknik didik hibur. Saya selalu mengajar murid-murid terutamanya dalam penulisan karangan, saya akan mengajar mereka menggunakan teknik dan tips yang dapat membantu murid-murid mudah menulis karangan daripada tahap sederhana kepada tahap yang lebih baik. Saya akan membantu murid yang lemah bahasa Melayu dengan menggunakan pelbagai teknik sehingga mereka dapat mencapai keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu. Murid-murid yang ingin belajar menulis karangan dengan baik, mari pilih saya sebagai Tutor anda.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Prasekolah - 3M Tadika